Senai International Airport, Johor Bahru, Malaysia    
About SenaiAirport Travellors Info Business
  > Media Coverage  > Press Releases  > Guidelines for the Press  > Press Login  > Airport Announcements   > Help  
> Press & Media > Media Coverage
 
 
 
 
AirAsia lancarkan tiga laluan antarabangsa baharu
15 April 2014

Utusan Malaysia 15 April 2014
KUALA LUMPUR 14 April - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, melancarkan tiga laluan antarabangsa terbaharu dari hab syarikat penerbangan tersebut di Johor Bahru yang menghubungkan selatan Semenanjung Malaysia ke Yogyakarta dan Lombok di Indonesia serta Ho Chi Minh City di Vietnam.

Ketua Komersial AirAsia Berhad, Spencer Lee berkata, tiga laluan berkenaan akan menyediakan lebih pilihan destinasi dan kemudahan serta penjimatan yang terbaik bagi penduduk Johor Bahru untuk terbang ke destinasi-destinasi tersebut.

Menurutnya, Johor Bahru merupakan salah satu hab yang penting bagi syarikat tersebut dan mempunyai potensi bagi pembangunan laluan penerbangan dan permintaan tinggi untuk hubungan udara antarabangsa.

Tambahnya, laluan terbaharu itu mencerminkan komitmen AirAsia dalam mempertingkatkan hubungan udara bagi para penduduk di selatan tanah air.

“Dengan sokongan Lapangan Antarabangsa Senai, kami sentiasa berusaha untuk memulakan laluan-laluan baharu di masa hadapan dan menyediakan akses yang lebih baik kepada rangkaian kami yang luas, bagi manfaat penduduk Johor Bahru dan komuniti di sekitar selatan Semenanjung Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi memperkenalkan laluan baharu itu, AirAsia menawarkan tambang asas percuma tidak termasuk surcaj bahan api, cukai lapangan dan lain-lain fi bagi perjalanan sehala, dengan tempoh tempahan bermula dari 15 hingga 20 April ini dan tempoh perjalanan dari 11 Julai 2014 hingga 30 April 2015.

Katanya, selain Yogyakarta dan Lombok, AirAsia juga menjalinkan hubungan udara yang baik antara Johor Bahru dan Indonesia dengan 15 kali penerbangan seminggu ke Jakarta, Bandung dan Surabaya.

AirAsia juga menghubungkan Johor Bahru ke pelbagai destinasi domestik di Semenanjung dan Malaysia Timur dengan 91 penerbangan seminggu, seperti ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching, Miri, Sibu dan Kota Kinabalu.

Syarikat penerbangan itu turut memperkenalkan penerbangan tambahan sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang dari Kuala Lumpur ke Padang, Palembang dan Solo dengan tambang termasuk semua, dari serendah RM79.

Artikel Penuh: www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140415/ko_07/AirAsia-lancarkan-tiga-laluan-antarabangsa-baharu#ixzz2z0bYtL41
© Utusan Melayu (M) Bhd


 
 
Other Media Releases
 
 AirAsia lancarkan tiga laluan antarabangsa baharu
15 April 2014

 
 Senai Airport takes stage as premier business aviation hub
24 March 2014

 
 Bigger role for Senai Airport
20 January 2014

 
 AirAsia Buka Laluan Baharu Ke Bandung Perkukuh Kedudukan Di Hab Selatan
2 December 2013

 
 Cross country ride marks anniversary
29 November 2013

 
 'Premier terminal scheduled to be in operation by Q1'
25 November 2013

 
 LTAS dijangka jadi antara pusat penerbangan
25 November 2013

 
 Malindo Air di peringkat akhir untuk ke India
12 September 2013

 
 Chennai not on Malindo Air¡¯s radar for now
12 September 2013

 
 AirAsia's Malaysian-Indonesian connectivity launches two new routes
19 April 2013

 
 Other Media Archives 
 
 
Share |
 
Privacy & Legal Information.
Powered by Optima Innovations.